31 July 2014

SELAMAT HARI RAYA

Alhamdulillah kerana diberikan kudrat untuk berpuasa penuh Ramadhan kali ini. Semoga ketemu lagi Ramadhan yang akan datang.






Semoga madrasah Ramadhan kali ini berjaya mentarbiahkan diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan terus istiqomah dalam bulan-bulan berikutnya seperti yang dipraktikkan semasa Ramadhan.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua yang mengenali kami. Kiranya ada salah silap dan perkara-perkara yang mengguris hati, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun. 


Cuma satu yang kami terkilan kerana tak dapat melakukan solat jenazah untuk seorang sahabat, Sdr Arwan Fazil,  yang telah kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum hari raya. Allahyarham telah dibawa balik ke Kedah pada hari Jumaat. Tak sempat nak bertemu dengannya sebelum beliau berangkat ke kampungnya kerana  masih bertugas pada hari tersebut dan pada hari berikutnya kami hanya menerima berita kematiannya melalui posting di FB.  Terasa kehilangannya, seorang sahabat yang sama-sama memajukan Surau al-Mahdi sejak 2006. Semoga Allahyarham ditempatkanNya bersama-sama orang solehin. 

 Wallahu 'alam.

25 May 2014

UJIAN LAGI....... DENGGI DAN HOTEL IMPIANA, IPOH

Tengahari ini ibu Haziq pula dimasukkan ke KPJ Selangor kerana demam denggi selepas 6 hari demam menggigil. Cuma yang sedihnya, tak ada siapa yang menunggunya di wad. Kami bertiga ke Ipoh untuk urusan pendaftaran ke Kolej Matrikulasi Perak esok. 

Kat Ipoh ni, diuji pula dengan ujian kesabaran. Bilik hotel di Hotel Impiana, Ipoh ni tak ada air cond untuk semua guest room. Yang peliknya function room dan restoran semuanya sejuk membeku. Terfikir juga yang pengurusan hotel ni tidak pedulikan guest sebab guest room banyak yang kosong. Maka berpeluh-peluh lah kami kat bilik hotel. Kalau awal-awal masa check in dberitahu oleh staf kaunter, mungkin kami boleh buat pertukaran hotel. Esok masa check out, nak tengok kalau-kalau pihak hotel beri diskaun atau buat donno je. Kalau tak ada apa-apa, inilah kali terakhir kami menginap kat hotel ni. Hotel ni pun dah dikira dimakan usia kalau dibandingkan dengan masa kami menginap beberapa tahun lalu. 

http://ipohhotels.impiana.com.my/

4 Star ke hotel ni? Tidak pada pengamatan kami. 2 Star kot!

Sorry, Impiana Hotel. Tak leh nak beri rating tinggi.

13 May 2014

SAKIT ITU KIFARAH.....

Sedang seronok nak habiskan kerja pada Jumaat 2/5/14 sekitar jam 1645 ptg, tiba-tiba badan menggigil macam kena demam panas. Tak ada simptom apa-apa pun. Serta merta cari windbreaker Northport yang ada dalam almari tu, off air-cond dan duduk diam untuk mula panaskan badan. Cepat-cepat selesaikan kerja, solat asar dan terus balik tanpa fikir panjang, takut tak boleh nak drive bila tangan dah mula menggeletar nanti.

Sampai di kawasan perumahan, terus ke Klinik Famili dan doktor kata kemungkinan saya dijangkiti demam denggi. Dr Zainal berikan antibiotik paling kuat untuk 3 hari dan jika demam tak kurang, kena buat ujian darah. Alamak........ ujian darah! 

3 hari makan ubat demam dan antibiotik. Badan rasa macam biasa, cuma ada rasa demam je. Dr Zainal call yang mengatakan bahawa blood test yang anak lakukan pada malam Sabtu sebelumnya positif denggi. Maka, terpanggil pula untuk buat ujian darah diri ini. Auwww......

Sementara menunggu anak dimasukkan ke wad (menunggu dari jam 11pagi), perut terasa lapar. Dah beberapa hari ni tak lalu makan tapi hari tu tekak terasa macam biasa je. Tiba-tiba Dr Zainal call, platelet darah cuma 97 je. Alamak...... positif denggi ni. Maka kita pula menunggu kemasukan wad dari jam 2 petang tu, tunggu referal letter, GL dan kekosongan katil. Jam 5 petang misi KPJ Selangor suruh masuk dan rehat kat katil observation kat wad emergency tu. Jam 8 malam baru dapat masuk wad 4, itulah je katil yang ada kosong.

2 malam 3 hari berkampung kat KPJ tu. Drip NaCl, makan pil panadol dan cucuk ambil darah untuk test. Begitulah...... sedikit ujianNya ke atas diriku, mungkin itu kifarah bagi menebus dosa-dosaku. 



Redha atas ujianNya. Alhamdulillah, kini beransur pulih.....


29 April 2014

KENANGAN LALU

Bila malam-malam macam ni, terkenang masa student dulu. Masa-masa macam ni lah syahdu...... bila di luar terdengar bunyi salji atau sleet turun menghentam tingkap bilik. Biasanya masa-masa dinihari begini saya masih teruskan study sebab suasana agak sunyi.

Radio City on 194FM dari Liverpool merupakan siaran radio yang menjadi teman pada masa itu, walaupun saya pada masa tu berada di Newcastle. 


http://www.nige-194radiocity.pwp.blueyonder.co.uk

http://www.nige-194radiocity.pwp.blueyonder.co.uk/194%20News%20Jingle1.mp3

http://www.nige-194radiocity.pwp.blueyonder.co.uk/peacefulhr.mp3

Itulah kenangan yang menggamit rindu ......... kenangan 30 tahun yang lalu.

26 April 2014

SINGAPURA.... OH SINGAPURA.....

Dah lama tak ziarah sanak saudara di Singapura. Kali terakhir rasanya masa arwah nenek meninggal dunia dulu. Jmpa sanak saudara dari Singapura pun hanya di Malaysia semasa Hari Raya.

Baru-baru ni dapat peluang ke Singapura atas urusan kerja - menghadiri persidangan pengendali-pengendali pelabuhan. Urusan imigresen selepas mendarat di Changi Airport agak pantas tetapi tidak sepantas urusan imigresen di Shanghai, Xiamen dan Shenzen. 

Kali ini dapat bermalam di Hotel Ritz Carlton Milenia, tak jauh dari Marina Bay Sands Convention Centre, tempat persidangan tu. Cantik hotel ni. Semasa turun dari teksi dan masuk ke lobi hotel terasa macam berada di Shanghai. Ramai pekerja dari China rupanya. Kalau tak ada pekerja Melayu dan India yang bertugas di Concierge dan yang jaga pintu masuk, memang terasa suasana macam di China.

Soal makan di Singapura ni pun kena hati-hati. Oleh sebab was-was, malam tu hanya makan vegetarian dish sahaja kat hotel tu. Tak sempat nak search internet untuk cari gerai-gerai Melayu Singapura. Kalau di Geylang Serai tu, mungkin banyak tempat-tempat macam ni, tetapi ini di kawasan Marina Bay...... mana nak cari kan?

2 hari 2 malam di Singapura hanya berlegar di hotel dan pusat persidangan je. Tak sempat nak ziarah sanak saudara pun. Trip kali ni sebenarnya bidan terjun je. Singapura bukan lagi seperti yang aku kenali dahulu.....

Macamana pun, adalah beberapa gambar selfie yang sempat dirakamkan. Gambar tak berapa cantik sebab guna BB memang susah nak buat selfie.







25 April 2014

SANTAI DI PD

Salah satu tempat percutian yang kerap kami kunjungi adalah Port Dickson. Sebabnya mudah je..... perjalanan dari rumah sekadar 1-2 jam sahaja. Kadang-kadang teringin juga nak ke utara, tetapi perjalanan ke utara tu agak memenatkan lebih-lebih lagi bila kena mendaki laluan berbukit sebelum sampai ke Ipoh.

Kali ini kami mencuba pula Avillion. Tempatnya menarik tetapi tak sempat nak bersantai-santai lama di sini sebab terpaksa outstation ke Singapore. Maka di Avillion ni, kami hanya dapat bermalam sahaja dan ambil-ambil gambar sahaja. Tak sempat nak mandi laut......


24 April 2014

BERTEMU KEMBALI.....

Salam dan selamat sejahtera.

Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Sejak ada akaun Facebook, blog ni dah tak dikemaskinikan. Tetapi tak semua orang ada FB. Sebab itu, saya buka semula blog ni sekadar nak berkongsi pengalaman.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Rose-In-Transit meneruskan perjalanan.