06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalam dan selamat sejahtera semua. Lama tak update blog ni. Sejak akhir-akhirnya agak sibuk.

Sempena hari yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

Hayati maksud Qurban yang sebenarnya agar kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya ibadat Qurban itu suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam, sebagai mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Dan jika kita renungkan dan mengikut tafsir Surah al-Kautsar, ibadat ini 'wajib' ke atas semua umat Islam kerana kita sentiasa menerima nikmat dariNya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam ...... renungkan.

Wassalam.