01 December 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua guru, ibubapa dan murid-murid. Hayatilah makna Qurban dan Selamat Bercuti.

Kepada ibubapa yang berminat, satu pertandingan bowling 4-sepasukan akan diadakan pada Ahad 14/12/08 di Ole-Ole Bowling, Seksyen 18, Shah Alam. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi satu pasukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Huda 018-20500711. Aktiviti ini adalah sekadar aktiviti rekreasi mengeratkan silaturahim.

Sehingga berjumpa lagi....

1 comment:

  1. Salam,

    Suatu usaha yang amat baik dalam penganjuran pertandingan bowling.

    Saya pernah dalam satu ceramah atau terbaca tulisan seorang ulama yang memaklumkan bahawa adalah haram hukumnya menyertai sebarang pertandingan yang melibatkan bayaran penyertaan. Ini adalah berasaskan wang itu samalah dengan pertaruhan, yang mana pihak yang menang mendapat imbuhan dan yang kalah kerugian.

    Adapun dalam Islam menyertai pertandingan yang dianjurkan tanpa perlu membayar wang penyertaan (dianggap wang pertaruhan) adalah dibenarkan.

    Saya amat maklum akan dasar PIBG menganjurkan aktiviti ini. Namun, harap mendapat pengesahan/ pendapat pelbagai pihak untuk penganjuran di masa hadapan semoga apa juga yang kita usahakan diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.

    Waullahu'alam.

    Yoni

    ReplyDelete