03 November 2008

Gotong Royong Keceriaan Sekolah

PIBG telah berjaya mengadakan program gotong royong menambahkan keceriaan sekolah pada Ahad 2/11/08 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai lebihkurang 20 orang guru-guru dan 30 orang ibubapa dan kanak-kanak telah mengambil bahagian. Walaupun kurang sambutan dari kalangan ibubapa (hanya 30 orang dari 1600 orang ibu dan bapa), sebahagian dari objektif gotong-royong berjaya dicapai iaitu:

a) mengecat railing tangga utama
b) mengecat tempat duduk dan palang di ruangan menunggu bas/kenderaan
c) menanam bunga-bunga di ruang legar sekolah
d) mencantas pokok dan menyelenggara lanskap sedia ada.

Masih terdapat pokok-pokok yang tidak sempat ditanam kerana kekurangan tenaga dan PIBG bercadang untuk mengadakan gotong royong yang serupa sebelum sesi sekolah tahun 2009. Diharap para ibubapa yang segan dan malu untuk menyertai program kali ini akan dapat menyertai program akan datang ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program gotong royong kali ini, terutamanya kepada Puan Guru Besar yang sama-sama mengecat railing tangga, AJK Pelaksana dari kalangan ibubapa, En Zakwan (perunding lanskap), dan semua ibubapa yang hadir. Terima kasih juga kepada pihak MBSA dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 terutamanya kepada Ahli Majlis Dr Daroyah kerana menyumbangkan sebanyak 150 batang pokok-pokok bunga.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang gotong royong tersebut sebagai kenang-kenangan:






1 comment:

  1. Salam,

    Dalam rencana gotong royong menceriakan kawasan sekolah ini dinyatakan cadangan untuk mengadakan sekali lagi rancangan gotong royong lanjutan sebelum tahun 2008 berakhir.

    Kini hanya tinggal 15 hari sahaja sebelum tahun 2009 hadir. Bila agaknya gotong royong akan diadakan? Saya cadangkan pada 25 Disember yang mana ibubapa yang majoriti beragama Islam tiada alasan untuk tidak turut serta melainkan MALAS atau ada bencana.

    Bagaimanapun cabaran dihadapi adalah untuk melakukan hebahan dan undangan.

    Salam.

    14.12.2008

    ReplyDelete