20 March 2009

Anda ada cadangan atau komen?

Jika ada, sila klik 'Comment' di bawah dan nyatakan komen atau cadangan anda.

4 comments:

  1. Isu kesesakan di hadapan sekolah.

    Cadangan - memindahkan pintu sisi kecil sedia ada ke kawasan bedekatan sub station TNB dimana laluan murid adalah melalui kantin sekolah. Laluan kereta adalah lebih luas dan kurang kereta yg diletakkan oleh penghuni panngsapuri berdekatan. Laluan berbumbung boleh dibina sepanjang laluan pejalan kaki.

    Kos pembinaan memanglah agak mahal, tetapi sekiranya kita berusaha mencari sumber kewangan dari sekarang, mungkin dlm setahun dua lagi akan mengcukupi.

    Ini hanya lah satu cadangan sahaja untuk diperbahaskan....

    ReplyDelete
  2. Sdr Kamal,

    Cadangan tersebut telah dibincangkan oleh AJK PIBG 2008/2009 dan terbantut kerana pihak sekolah/jabatan mahukan pembinaannya disertakan laluan selamat berbumbung. Ini menyebabkan kos pembinaannya menjadi tinggi. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan Pelajaran telah diminta mengkajinya semasa kunjungan pegawainya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini. Semoga AJK PIBG 2009/2010 dapat membuat tindakan susulan.

    Walaubagaimanapun, masalah ini tidak boleh selesai walaupun pintu laluan murid dipindahkan ke tempat yang dicadangkan itu kerana terdapatnya sebilangan kenderaan dari Pangsapuri Cendana yang diletakkan di kawasan tersebut.

    Masalah sebenarnya terletak pada sikap penduduk di Cendana dan Melor kerana enggan membayar yuran penyelenggaraan (lalu terpaksa meletakkan kenderaan di luar pagar), manakala Sime Darby bersalah kerana tidak menyediakan bilangan tempat letak kereta yang mencukupi di Pangsapuri Melor.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Nama saya Nisa, mempunyai dua orang anak yang bersekolah di SKTBS tahun 1 dan 2.

    1. Thn lepas saya menghadari mesyuarat PIBG dimana pengerusi ketika itu mencadangkan penggunaan wireless internet. Saya ternanti-nanti sehingga sekarang, namun senyap sahaja. Apakah yang telah terjadi?

    2. Saya menerima surat melalui anak saya mengenai caj tambahan bagi perkhidmatan sebanyak RM27 (kalau tak silap), boleh tolong jelaskan untuk apakah caj tersebut kerana saya tidak hadir pada mesyuarat yang lepas.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Pn Nisa,
    Projek WiFi itu tidak dapat dilaksanakan kerana laluan Streamyx sekolah masih belum dipasang walaupun peralatannya (PC dll) telah tersedia. Selain dari bilangan yang ingin menyertainya terlalu sedikit menyebabkan kos perkongsiannya agak tinggi. Walaupun pada masa tersebut ada pihak yang sudi mendahulukan peruntukan menyediakan peralatan WiFi (sekitar RM5,000), projek tidak dapat diteruskan kerana sebab yang disebutkan di atas.

    Sekian.

    ReplyDelete