14 May 2008
Melanggan Wi-Fi Di samping Menabung untuk PIBG
Seperti yang dinyatakan semasa Majlis Dialog baru-baru ini, PIBG bercadang untuk menyediakan khidmat Wi-Fi untuk komuniti di Bukit Subang. PIBG mengalu-alukan para ibu bapa untuk melanggan perkhidmatan Wi-Fi ini sebagai satu langkah membantu menambahkan sumber kewangan PIBG. Sebelum memulakan projek ini, PIBG memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang yang bersedia melanggannya bagi memastikan bayaran langganan bulanan yang rendah, kurang dari yang dibayar jika melanggan dengan Streamyx. Oleh itu, mana-mana ibu bapa yang berminat untuk melanggan, bolehlah menelefon En Efandi di talian 019-3880666. Setakat ini bilangan mereka yang berminat kurang dari sasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suatu cadangan yang amat baik. Dicadangkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan wi-fi yang ditawarkan ini turut disiarkan. Antaranya:
ReplyDelete1. spesifikasi
2. yuran bulanan
3. bayaran lain jika ada
4. keperluan perkakasan IT
5. penjimatan berbanding langganan perkhidmatan lain
6. kelebihan wi-fi
7. kaedah membuat bayaran yuran bulanan
Semoga dengan penjelasan terperinci akan lebih menarik minat ramai lagi ahli PIBG.
Juga perlu usaha tambahan dalam menghebahkan tawaran ini. Pengalaman saya, jika tidak membuka laman blog PIBG-SKTBS, saya tidak mengetahuinya.
Perlu juga diingat, tidak semua ibubapa memiliki komputer dan tidak semua yang ada komputer membuka laman blok ini.
Sekian, semoga berjaya.
Yoni Dwi Varia