07 April 2008

MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN GURU

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG akan mengadakan majlis yang tersebut di atas seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 19 April 2008
Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari
Tempat: Dewan SK Taman Bukit Subang.

Majlis ini diadakan dengan tujuan mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak di sekolah di samping merapatkan silaturrahim sesama ibu bapa dan dengan guru-guru. Majlis ini akan dibahagikan kepada dua sesi seperti berikut:

Sesi Ibu bapa dengan Ibu bapa
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Kehadiran: AJK Ibu bapa PIBG dan para ibu bapa

Sesi Ibu bapa dengan Guru-guru
Masa: 11.00 pagi hingga 12.30 tgh hari
Kehadiran: AJK PIBG, Guru Besar, semua GPK, Ketua-ketua Panitia Subjek Teras dan para ibu bapa.

Majlis Dialog ini diadakan di dalam dua sesi bagi membolehkan para ibu bapa meluahkan perasaan atau komen membina tanpa rasa malu/segan semasa sesi pertama. Komen dan cadangan para ibu bapa akan dikumpulkan dan dikemukakan kepada para guru semasa sesi kedua. Dengan tema “Ke arah peningkatan mutu pembelajaran”, para ibu bapa disarankan untuk membangkitkan dan membincangkan soalan-soalan atau isu-isu berkaitan kualiti pembelajaran anak-anak di SK Taman Bukit Subang sahaja. Soalan-soalan yang di luar topik tidak akan dibincangkan. Sekiranya majlis dialog ini mendapat sambutan dan berjaya mencari penyelesaian kepada masalah dan isu yang dibangkitkan, majlis dialog susulan dengan tema yang berbeza mungkin akan dipertimbangkan.

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Taman Bukit Subang dijemput untuk hadir ke majlis yang tersebut di atas.

4 comments:

  1. Assalammualaikum, kepada organisasi sekolah, ahli AJK PIBG dan juga kepada ibu dan bapa.

    Bagi membantu untuk mereliasasikan objective PIBG dan memastikan kecermerlangan dari sudut rohaniah mahupun akademik anak-anak disekolah saya bersetuju,dialong @ interaksi para ibu dan bapa seperti yang disarankan oleh pihak sekolah dan PIBG ini memang sangat-sangat membantu.

    Tetapi saya berpendapat, bagi megalu-alukan kedatangan para ibu dan bapa setiap kali diadakan perjumpaan atau dialog.Hari perjumpaan PIBG hendaklah ditukar kepada hari Sabtu (seisi petang) atau pada hari Ahad.

    Berilah peluang kepada kami, yang berkerja disektor swasta yang mana hari berkerja kami bermula dari hari Isnin sehingga Sabtu (separuh hari), untuk besama-sama menyumbang sedikit idea untuk memajukan prestasi atau kemajuan anak-anak.

    Diharap saranan pihak saya ini tidak dipandang sepi.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, kita akan adakan majlis serupa pada masa akan datang. Untuk perjumpaan kali ini, jika puan ada komen dan cadangan untuk peningkatan akademik, bolehlah mengemukakan di sini atau email kpd YDP di mdkg@tm.net.my.

    Terima kasih di atas komen puan.

    Firdaus.

    ReplyDelete
  3. Salam Pengendali "Blog",

    Pertamanya syabas atas usaha yang telah membawa pembaikan kepada sistem perhubungan antara ahli-ahli PIBG SKTBS.

    Satu perkara yang mungkin perlu diberi perhatian adalah keperluan pihak pengendali "blog" untuk membuat penyemakan terlebih dahulu terhadap setiap e-mel yang diterima sebelum ianya tersiar.

    Sekiranya perisian yang menjana "blog" ini tiada fungsi untuk tujuan sebegini, cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyediakan alamat e-mel berasingan kepada editor. Setelah disemak dan dibetulkan, sekiranya ada kesilapan, barulah disalin masuk ke laman "blog" ini.

    Ini adalah kerana adanya kemungkinan para pelajar turut melayari "blog" ini dan akan tersilap anggapan bahawa apa juga kesalahan bahasa yang terkandung sebagai betul. Asasnya adalah mengambil kira bahawa e-mel daripada ibu atau bapa pelajar mahupun guru adalah salah satu sumber yang boleh dicontohi atau dijadikan panduan dalam pembelajaran.

    Di samping itu diharapkan juga kepada setiap individu yang menukilkan sebarang ulasan ke "blog" ini supaya dapat menyemak berulangkali sebelum menghantarnya.

    Adalah suatu yang mendukacitakan bilamana ibubapa sendiri yang memberi contoh sehingga menyebabkan kerosakan Bahasa Malaysia generasi masa hadapan.

    Tambahan pula, sila maklum bahawa kaum lain juga akan turut melayari "blog" ini. Maka tidak wajarlah untuk PIBG mengendalikan sebuah laman "blog" dengan bahasa yang bercelaru.

    Pada masa lalu sikap mengambil mudah penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan orang Melayu menjadi salah satu punca pelajar Melayu gagal cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran ini. Semoga ianya dapat dicegah dari berterusan mulai sekarang.

    Di sini saya menawarkan diri untuk menjadi penyemak sukarela sekiranya diperlukan. Bagaimanapun lebih baik jika boleh diadakan dua penyemak.

    Terima kasih.

    Yoni Dwi Varia
    Taman Bukit Subang

    ReplyDelete
  4. Sdr Yoni,

    Terima kasih di atas kritikan membina berhubung masalah ejaan. Walaubagaimanapun, rasanya kita sukar nak kawal ejaan yang digunakan di dalam ruangan Chat Room kerana ruangannya kecil. Macam SMS juga, semuanya ringkas sahaja. Pada saya, asalkan ianya boleh difahami, ianya boleh diterima. Walaubagaimanapun, ejaan bagi maklumat Blog Utama boleh dikawal kerana hanya blogger yang siarkan, kecuali pada ruangan komen yang terbuka kepada para pembaca. Apa yang tertera di dalam blog ini hanya untuk maklumat dan bukan untuk rujukan ilmiah.

    Sekian.

    Blogger.

    ReplyDelete