13 March 2010

Hidup Bersama Allah

Tazkirah buat diriku.......

Firman Allah swt:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Al-Hadid:4

عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – يَوْمًا, فَقَالَ: – يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ, اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ, وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ, وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ وَاعْلَمْ : أنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبهُ اللهُ لَكَ ، وَإِن اجتَمَعُوا عَلَى أنْ يَضُرُّوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحفُ- رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ

Maksudnya: Dari Abu Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata "Suatu saat saya berada di belakang Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai anakanda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering".


Dari dua dalil di atas jelas menunjukkan betapa Allah swt sangat hampir dengan kita, betapa Allah swt terlalu dekat dengan kita sehingga Allah menyatakan Allah sentiasa bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Hampirnya Allah swt kepada manusia bukan bermaksud dekat berjisim tetapi suatu keadaan yang tidak dapat difikirkan oleh manusia, namun yang pasti Allah swt amat mengetahui semua perkara yang dilakukan oleh setiap manusia samada perbuatan yang zahir mahupun yang batin. Allah swt melihat setiap tindakan dan perlakuan manusia samada di tempat terang mahupun di tempat yang gelap gelita.

Firman Allah swt;

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (al-Nisa’:78 )

Sahabat yang dirahmati Allah, sedarilah, insafillah, marilah kita kembali kepada Allah swt dengan meletakkan hati dan perasaan kita kepada Allah, sentiasa ingat kepada Allah swt dalam kehidupan kita. Rasakanlah dalam hati kita betapa Allah swt terlalu dekat dengan kita. Sambutlah cinta Allah swt terhadap hambanya nescaya kita menjadi hamba yang sangat bertuah.

Marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan ajaran Allah swt yang menjanjikan ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita tinggalkan segala larangan-larangan swt Allah kerana semua perkara yang dilarang akan membawa keburukan kepada kita.

Sahabat-sahabat yang dihormati, Hargailah nikmat Allah swt khususnya nikmat iman dan Islam, seterusnya suburkan keimanan kita dengan taqwa dan istiqamah dalam mengamalkan tuntutan agama, insyaallah kita akan sentiasa disayangi Allah swt dan kebahagian akan menjadi mikik kita insyaallah.

Bagaimana Hidup bersama Allah swt:

- Besarkan dan Agongkan Allah dalam hati dan amalan kita.
- Sentiasa merasakan kebersamaan Allah swt dalam kehidupan kita.
- Sentiasa berhati-hati terhadap kemurkaan Allah swt.
- Laksanakan amal ibadah dengan penuh penghayatan.
- Sentiaasa peka dengan tuntutan agama Islam lalu diamalkan dan larangan agama lalu ditinggalkan.

Wallahu 'alam.

21 February 2010

Gambar semasa Umrah 2010


Berihram buat pertama kali di Bir Ali selepas meninggalkan Madinah


Selesai umrah kali pertama



Di kaki Jabal Thur



Di atas Jabal Rahmah


Selepas bercukur apabila tamat umrah ketujuh



Di atas menara Masjid Al-Madhoun, Taif



Berhampiran kubur Iqrimah bt Abu Jahal, Taif



Bersama Turqi dan rakan pemandu pelancong di sebuah empangan kuno di Taif

08 February 2010

UMRAH 2010

Alhamdulillah, saya telah dapat mengerjakan umrah dengan selamat. Bermula dari tanggal 11/1/10, sejak meninggalkan rumah dengan teksi menuju ke KLIA, segalanya berjalan lancar tanpa halangan. Urusanku menyahut panggilan Baitullah, menjadi tetamu Allah, begitu lancar sekali. Pada mulanya, terasa agak khuatir kerana tempoh sah pasport saya kurang dari 6 bulan. Walaumacamanapun, Imigresyen di KLIA membenarkan saya meninggalkan Malaysia kerana kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan visa ziarah untuk ke Tanah Suci.

Di KLIA, saya bertemu dengan Hj Zainal dari Seksyen 19 Shah Alam, yang pergi mengerjakan umrah bersama-sama keluarganya, satu penerbangan dan satu agensi umrah dengan saya. Tak disangka, beliau merupakan bekas pelajar Sunderland Polytechnics yang belajar hampir sama masanya dengan saya lebihkurang 25 tahun yang lalu.

Perjalanan selama 8 jam dari KLIA ke Madinah rasanya terlalu lama. Mungkin kerana saya tiada teman bercakap kerana penumpang di sebelah saya kedua-duanya wanita Filipina yang bekerja di Riyad. Walaubagaimanapun, mereka ini begitu memahami dan 'friendly' sekali, sekalipun saya kurang bercakap dengan mereka.

Di Lapanganterbang Madinah, urusan imigresen saya amat lancar sekali. Secara tak sengaja saya telah dibenarkan menyertai bas VVIP dan seterusnya menjadi antara yang terawal beratur di kaunter imigresyen. Rasanya VVIP tersebut termasuk Datuk Seri Shahrizat dan suaminya.

Di Hotel Bahauddin Madinah, saya ditempatkan sebilik dengan Hj Abd Rahman, Hj Ismail dan Zulfakar (Atan). Kami sampai di hotel tersebut sekitar jam 9.30 malam. Selepas makan, saya mengikut Hj Abd Rahman terus ke Masjid Nabawi untuk ziarah makam Rasulullah dan seterusnya mengerjakan solat di Raudhah. Alhamdulillah, selama 3 hari 2 malam di Madinah, kami dapat mengerjakan solat jemaah di Raudhah kecuali untuk 3 waktu. Sempat juga kami bersolat di Serambi Rasulullah. Cuaca agak sejuk semasa di Madinah terutamanya di waktu pagi dan saya terpaksa memakai stokin untuk mengelakkan kaki sejuk.


Di Madinah, kami sempat menziarahi Masjid Quba', Jabal Uhud, Kilang Mencetak Al-Quran, ladang kurma dan bukit magnet, di samping diberi penerangan semasa melintasi Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.


Selepas zohor hari Khamis 14/1/10, kami menunaikan solat zohor dan melakukan ziarah wida', dan seterusnya meninggalkan Madinah menuju Bir Ali untuk bermiqat. Kami sampai di Mekah pada jam 9.30 malam dan selepas makan, mutawwif membawa kami ke Baitullah untuk melaksanakan ibadat umrah wajib. Selepas tengah malam, kami bertahalul dan kembali ke Hotel Manazil Al-Raed, apartmen penginapan kami yang hanya 200 meter dari Babul Al-Malik Abdul Aziz (Pintu 1). Semasa memulakan tawaf, kami dapati PM Datuk Seri Najib sedang mengerjakan Tawaf sunat.

Alhamdulillah, selama berada di Mekah, kami dapat melakukan 7 kali umrah dengan bermiqat di Bir Ali, Jaaranah (1x), Hudaibiyah (1x) dan Tanaim (4x).

Kami hanya sempat bersolat Jumaat sekali sahaja di Baitullah, kerana pada pagi Jumaat 22/1/10, selepas solat subuh kami mengerjakan Tawaf Wida' dan meninggalkan Kota Mekah menuju ke Taif, sebelum ke Jeddah.

Satu pengalaman yang bermakna kerana dapat mengerjakan solat di hadapan Kaabah (di Hijir Ismail & di belakang Makam Ibrahim) dan mengucup Hajaral Aswad, yang mungkin agak sukar semasa Musim Haji. Syukur Alhamdulillah, kerana Allah SWT memberikan kesihatan diri & mental sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Entah bila agaknya saya dipanggil sekali lagi menjadi Tetamu Allah. Semoga peluang untuk menjadi Tetamu Allah datang sekali lagi dalam suasana diri masih sihat dan bertenaga.

Sedikit gambar kenangan semasa di sana.....

Masjid Nabawi, Madinah



Bersama Hj Ismail dari Melaka di luar Masjid Nabawi


Di Masjid Nabawi selepas waktu Isyak



Di Masjid Nabawi selepas Solat Zohor bersama Hj Ismail & Hj Rahman



Di Masjid Quba' bersama Hj Ismail


Berhampiran Masjid Quba' bersama Hj Rahman


Di Masjid Quba'



Masjidil Haram selepas Isyak


Kawasan hotel mewah di hadapan Pintu 1 Masjidil Haram

07 January 2010

Tazkirah - Dunia Jambatan Akhirat

Sekadar untuk berkongsi ilmu sebagai tazkirah untuk diriku dan pelawat-pelawat blog ini:

Allah swt menjadikan kehidupan manusia di atas dunia ini dan dibekalkan bagi mereka segala keperluan untuk hidup didunia. Keperluan asasi bagi manusia semuanya sama, sama beriman atau sebaliknya. Itulah sifat pemurah Allah swt:

Firman Allah swt:
هوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya: Dialah tuhan yang menjadikan bagi kamu semua perkara yang ada di bumi.

Sebagaimana yang telah dibincangkan Allah swt menjadikan kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada menusia, dan dapat menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan berdasarkan apa yang mereka lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka. Kehidupan di dunia hanyalah sementara sahaja.



Sabda Rasulullah saw:
كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل, إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح, وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء, مثلي والدنيا كمسافر جلس يستظل تحت شجرة ثم قام وتركها
Maksudnya: Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya.

Sabda Rasulullah saw:
لا تزول قدما عبد حتى يسأل عن أربعة عن جسده فيما أبلاه وعمره فيما أفناه وماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tapak kaki manusia tidak akan berganjak sehingga ditanya empat perkara - Untuk apa badannya digunakan, Umurnya untuk apa dihabiskan, Hartanya dari mana ia diperolehi dan untuk apa ia dibelanjakan.

Bagaimana menggunakan dunia supaya ia menjadi membawa manfaat diakhirat?
Harta yang dimiliki hendaklah digunakan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti memberi nafkah kepada orang yang wajib diberi nafakah, haji, umrah, membeli pakaian untuk menutup aurat, menuntut ilmu dan lain-lain. Maka harta tersebut akan membawa ke akhirat. Bukan digunakan untuk perkara maksiat dan sia-sia.

Umur yang Allah berikan kepada kita hendaklah digunakan untuk mengabdikan diri kepadaNya dan jangan sekali–kali digunakan untuk melakukan maksiat atau perkara yang sia-sia kerana umur yang diberikan kepada manusia dirahsiakan tempohnya.

Amanah pangkat. Kekuasaan, kedudukan dan jawatan yang diiberikan hendaklah digunakan untuk melaksanakan keadilan, kewajipan dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Semua amanah dan tanggungjawab akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Anak-anak yang menjadi kembanggaan setiap pasangan suami isteri hendaklah dididik supaya menjadi anak yang soleh supaya ia sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جاريه أوعلم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له.
Maksudnya: Apabila manusia mati, maka semua amalannya akan terputus kecuali tiga perkara- sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Menuntut ilmu dengan tujuan untuk menunaikan kewajipan dan menghampirkan diri kepada Allah swt bukan hanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Segala urusan dunia yang dilakukan oleh manusia akan menjadi ibadah dan membawa ke akhirat dengan syarat-syarat berikut:
  • Niat ikhlas kerana Allah swt.
  • Perbuatan yang dilakukan menepati syariat Islam dengan tidak menghalalkan yang haram atau sebaliknya.

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati suruhan kami, maka ia ditolak.

Wallahu 'alam.

15 December 2009

Haziq Berkhatan

Alhamdulillah, Haziq Husaini selamat dikhatankan pada Ahad 6/12/09. Haziq merupakan peserta paling muda menyertai Program Khatan Perdana anjuran MPP Zon 22 Shah Alam dengan kerjasama Surau-surau Al-Mahdi, Nurul Iman dan Al-Falah di Bukit Subang. Seronok Haziq kena junjung semasa perarakan dari Surau Al-Mahdi ke dewan tempat berkhatan iaitu di Dewan Rafflesia. Selepas dijunjung, Haziq dan peserta-peserta lain di'siram' dengan air dari paip Bomba, habis lencun bajunya. Yang lucunya, Haziq menangis bila terkena air kat matanya.

Pada malam sebelumnya, Haziq dan peserta-peserta lain telah diraikan di dalam majlis ringkas yang dimulai dengan Solat Hajat & Doa Selamat di Surau Al-Mahdi dan disudahi dengan majlis merenjis air mawar dan makan malam di Dewan Rafflesia. Seronok mereka makan beramai-ramai macam VIP dan lebih seronok bila dapat duit dari Pengerusi MPP Zon 22, Dr Daroyah Alwi.

Haziq merupakan peserta pertama yang dikhatankan bermula jam 9.45 pagi. Lebih kurang jam 10.05 pagi, Haziq keluar dari bilik khatan. Walaumacamanapun, pengalaman yang amat bermakna & perit buat Haziq kerana kena jahit dua kali kerana ada pendarahan selepas balik ke rumah.




Diraikan di atas pentas...




Seronok dapat duit dari wakil ADUN




Dapat makan macam VIP...









Tunggu masa untuk berarak ke dewan khatan





Dijunjung dan diarak ke dewan khatan...







Mari kita main air....




Opps... lebatnya hujan.


Mana ibu ni.... Haziq sejuk.... waaaaa...


Tenang menunggu masa dikhatankan.


Tahniah Haziq! Dah selesai......

03 October 2009

Baro'an - menghidupkan suasana

Alhamdulillah, pada Rabu 30/9/09, kami berjaya memulakan konsep baro'an (ziarah ke rumah-rumah sempena Hari Raya) di perjiranan Kenanga di Jalan Spektrum U16/17. Lawatan pertama jemaah surau Al-Mahdi telah ke rumah kami pada malam tersebut selepas Isyak. Seramai 17 orang jemaah telah sama-sama berselawat dan membaca doa selamat dari rumah ke rumah sahabat yang sudi mempelawa jemaah surau ke rumah mereka. Konsep baro'an ini lebih mementingkan kunjungan dan bukannya hidangan, dan namun kami dihidangkan dengan jamuan yang agak berat di kebanyakan rumah yang dikunjungi. Ustaz Mazlan telah mengetuai rombongan pada kali ini dan sebanyak 8 rumah telah dikunjungi pada malam tersebut. Suasana agak ceria pada malam itu dengan kanak-kanak turut sama berkunjung sambil mengambil kesempatan untuk bermain dengan kawan-kawan.

Semoga konsep ini akan diteruskan pada masa akan datang, dan akan berkembang ke seluruh Perjiranan Kenanga sebagai langkah merapatkan silaturahim.



30 August 2009

Selamat Hari Lahir & Selamat Menyambut Ulangtahun Merdeka

Setiap kali menjelang tanggal 31 Ogos, kami merayakan dua sambutan sekali gus, iaitu sambutan hari lahir untuk Afiqah dan ulangtahun kemerdekaan.

Selamat Hari Lahir ke-13 buat Nurul Afiqah pada 31/8/09 semoga dipanjangkan umur dalam rahmatNya dan sentiasa dalam nikmat keimanan, dimurahkan rezeki dan menjadi insan bertaqwa yang berpendidikan.






Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-52 untuk Malaysia. Semoga muslimin Malaysia benar-benar merdeka dalam akidah, kefahaman, pengamalan dan penghidupan dan tidak lagi dijajah oleh pemahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
Allahu Akbar!


15 August 2009

Selamat Hari Lahir ke 45

Tazkirah buatku....

Hari ini genap umurku 45 tahun. Semoga hari-hari mendatang ini, diriku diberiNya kekuatan rohani dan fizikal untuk terus mencari keredhaanNya dalam perjalanan transitku ini. Doaku semoga Allah memberikan lebih rahmatNya ke atas kami sekeluarga dan sentiasa dalam jagaan rahmatNya. Syukur Alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih terus bernafas dalam keimanan dan semoga diri yang kerdil ini akan dapat terus meniti liku-liku hidup ini yang penuh cobaan dan dugaan dalam keimanan.

Terima kasih kepada Sdr Azmira dan Al-Azza Services Sdn Bhd kerana hadiah kek harijadi dan khidmat pelanggan yang baik dan amat bermakna ini. Semoga Al-Azza Services akan terus maju dan terus menjadi penyokong kuat kepada usaha fisabilillah di Bukit Subang.





Haziq, ini birthday ayahlah....
Wassalam...

09 August 2009

Tazkirah: Al-Quran



Sekadar ingin berkongsi ilmu.....

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Maka, marilah kita memperbanyakkan membaca al-Quran dengan menghayati makna dan pengajaran yang disampaikannya.


29 July 2009

Tazkirah - Solat yang tidak diterima Allah

Petikan dari Kitab Muhimmah

Solat yang tidak diterima oleh Allah SWT:

1. Solat orang yang tiada berjemaah
2. Solat orang yang tidak mengeluarkan zakat hartanya
3. Solat orang yang berbuat zina
4. Solat orang yang makan riba
5. Solat orang yang menyamun
6. Solat orang yang makan yang haram
7. Solat orang yang memakan dan meminum yang haram
8. Solat orang yang menjual yang haram
9. Solat hamba yang lari dari tuannya
10. Solat perempuan atau isteri yang masam mukanya atau derhaka atau bertutur dengan marah kepada suaminya.

Maka muhasabah diri sendiri jika diri kita tergolong dari kalangan mereka yang tersebut di atas. Amat mudah untuk kebanyakan dari kita termasuk dalam golongan 1, 2, 6 dan 1o, sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Kita kerap sekali mengerjakan solat seorang diri sedangkan surau dan masjid hanya sepelaungan sahaja. Sudahkah kita mengeluarkan zakat selain dari zakat fitrah (pendapatan, simpanan ASB, bank, saham, barang kemas dll)? Pernahkah kita terfikir yang wang yang kita gunakan untuk membeli makanan datangnya dari sumber yang haram, sama ada secara tak sengaja atau subhah? Kepada para isteri, berapa kali kita tinggikan suara kepada suami, masamkan muka kepadanya kerana perkara-perkara remeh, atau membelakangkan suami?

Semoga kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang solatnya ditolak, kerana jika solat kira ditolak oleh Allah SWT, maka keseluruhan amalan kita juga turut tertolak.

Wallahu 'alam.