25 April 2010

Kelebihan Selawat ke atas Nabi SAW

Tazkirah buat diriku.....

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda cinta dan ingat kita kepada Nabi Muhammad saw. Banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. Al-Ahzab:56

Tingkatan Selawat

1. Selawat daripada Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutamanya Nabi Muhammad s.a.w. bermakna Allah memberi rahmat dan keredhaan Allah kepada Rasulullah saw.


2. Selawat daripada malaikat bermaksud pujian dan permohonan keampunan dari Allah.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad merupakan doa dan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan kebesaran dan kemuliaan kepada baginda.

Sabda Rasulullah saw:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذَكَرَنِي فَلْيُصَلِّ علي

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang ingat aku, maka berselawatlah ke atasku."

Sabda Rasulullah saw:

قَالَ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang disebutkan aku di sisinya hendaklah ia berselawat ke atasku. Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh kali selawat."


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ

Maksudnya: Rasululullah saw bersabda, "Sesiapa yang berselawat keatasku dengan sekali selawat, Allah berselawat keatasnya dengan 10 selawat dan dihapuskan daripadanya 10 kesalahan. "

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً مِنْ أُمَّتِي كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ

Maksudnya: Rasululullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan umatku yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, dituliskan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan."


قَالَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمرو : مَنْ صَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِينَ صَلاَةً

Maksudnya: Abdullah ibnu Umar berkata, "Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi dengan sekali selawat nescaya Allah dan para malaikat berselawat keatasnya dengan tujuh puluh kali selawat."

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي

Maksudnya: Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berdoa "Ya Allah, letakkanlah Muhammad di temput duduk yang hampir dengan engkau ya Allah", maka wajib baginya mendapat syafaatku."

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4 ."Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

5. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abu Syaikh dari Anas).

7.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Wallahu 'alam.

14 April 2010

Tunaikan Hak Allah, Hak Diri dan Hak Keluarga

Tazkirah buatku.....

Keseimbangan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap tuhannya ( Allah ), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.

Rasulullah saw menegaskan dalam sebuah hadis:

عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ سَلْمَانُ (رواه البخاري)


Maksudnya: Diriwayatkan dari A'un bin Abi Juhaifah bahawa Rasulullah saw mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Suatu ketika Salman melawat Abu Darda' dan melihat Ummu Darda' dalam keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya " Kenapa dengan kamu? Lalu ia menjawab " Saudaramu Abu Darda' tidak mahukan dunia." Kemudian Abu Darda' menghidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Darda' makan bersama lalu dia menjawab " aku berpuasa". Salman berkata "aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama" lalu ia makan bersama. Apabia malam menjelang, Abu Darda' bangun beribadah lalu Salman berkata " pergilah tidur" lalu ia tidur. Kemudia ia bangun beribadah semula lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur. Apabila di akhir malam Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya bersembahyang. Setelah itu Salman berkata kepadanya " sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak. Maka diceritakan kepada Nabi saw peristiwa tersebut lalu Nabi saw bersabda" Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman".


Pengajaran Hadis:

- Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.
- Seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukannya secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
- Keseimbangan dalam kehidupan perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
- Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi sebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan tidak punya masa untuk beribadah. Begitu juga sebaliknya tuntutan bersungguh-sungguh beribadah tidak bermaksud sehingga meninggalkan tanggungjawab yang lain.

Kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar amat penting untuk menjadikan kehidupan seseorang itu seimbang antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat serta mendapat kebahagiaan di dunia dan Akhirat.


Wallahu 'alam.