21 February 2010

Gambar semasa Umrah 2010


Berihram buat pertama kali di Bir Ali selepas meninggalkan Madinah


Selesai umrah kali pertama



Di kaki Jabal Thur



Di atas Jabal Rahmah


Selepas bercukur apabila tamat umrah ketujuh



Di atas menara Masjid Al-Madhoun, Taif



Berhampiran kubur Iqrimah bt Abu Jahal, Taif



Bersama Turqi dan rakan pemandu pelancong di sebuah empangan kuno di Taif

08 February 2010

UMRAH 2010

Alhamdulillah, saya telah dapat mengerjakan umrah dengan selamat. Bermula dari tanggal 11/1/10, sejak meninggalkan rumah dengan teksi menuju ke KLIA, segalanya berjalan lancar tanpa halangan. Urusanku menyahut panggilan Baitullah, menjadi tetamu Allah, begitu lancar sekali. Pada mulanya, terasa agak khuatir kerana tempoh sah pasport saya kurang dari 6 bulan. Walaumacamanapun, Imigresyen di KLIA membenarkan saya meninggalkan Malaysia kerana kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan visa ziarah untuk ke Tanah Suci.

Di KLIA, saya bertemu dengan Hj Zainal dari Seksyen 19 Shah Alam, yang pergi mengerjakan umrah bersama-sama keluarganya, satu penerbangan dan satu agensi umrah dengan saya. Tak disangka, beliau merupakan bekas pelajar Sunderland Polytechnics yang belajar hampir sama masanya dengan saya lebihkurang 25 tahun yang lalu.

Perjalanan selama 8 jam dari KLIA ke Madinah rasanya terlalu lama. Mungkin kerana saya tiada teman bercakap kerana penumpang di sebelah saya kedua-duanya wanita Filipina yang bekerja di Riyad. Walaubagaimanapun, mereka ini begitu memahami dan 'friendly' sekali, sekalipun saya kurang bercakap dengan mereka.

Di Lapanganterbang Madinah, urusan imigresen saya amat lancar sekali. Secara tak sengaja saya telah dibenarkan menyertai bas VVIP dan seterusnya menjadi antara yang terawal beratur di kaunter imigresyen. Rasanya VVIP tersebut termasuk Datuk Seri Shahrizat dan suaminya.

Di Hotel Bahauddin Madinah, saya ditempatkan sebilik dengan Hj Abd Rahman, Hj Ismail dan Zulfakar (Atan). Kami sampai di hotel tersebut sekitar jam 9.30 malam. Selepas makan, saya mengikut Hj Abd Rahman terus ke Masjid Nabawi untuk ziarah makam Rasulullah dan seterusnya mengerjakan solat di Raudhah. Alhamdulillah, selama 3 hari 2 malam di Madinah, kami dapat mengerjakan solat jemaah di Raudhah kecuali untuk 3 waktu. Sempat juga kami bersolat di Serambi Rasulullah. Cuaca agak sejuk semasa di Madinah terutamanya di waktu pagi dan saya terpaksa memakai stokin untuk mengelakkan kaki sejuk.


Di Madinah, kami sempat menziarahi Masjid Quba', Jabal Uhud, Kilang Mencetak Al-Quran, ladang kurma dan bukit magnet, di samping diberi penerangan semasa melintasi Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.


Selepas zohor hari Khamis 14/1/10, kami menunaikan solat zohor dan melakukan ziarah wida', dan seterusnya meninggalkan Madinah menuju Bir Ali untuk bermiqat. Kami sampai di Mekah pada jam 9.30 malam dan selepas makan, mutawwif membawa kami ke Baitullah untuk melaksanakan ibadat umrah wajib. Selepas tengah malam, kami bertahalul dan kembali ke Hotel Manazil Al-Raed, apartmen penginapan kami yang hanya 200 meter dari Babul Al-Malik Abdul Aziz (Pintu 1). Semasa memulakan tawaf, kami dapati PM Datuk Seri Najib sedang mengerjakan Tawaf sunat.

Alhamdulillah, selama berada di Mekah, kami dapat melakukan 7 kali umrah dengan bermiqat di Bir Ali, Jaaranah (1x), Hudaibiyah (1x) dan Tanaim (4x).

Kami hanya sempat bersolat Jumaat sekali sahaja di Baitullah, kerana pada pagi Jumaat 22/1/10, selepas solat subuh kami mengerjakan Tawaf Wida' dan meninggalkan Kota Mekah menuju ke Taif, sebelum ke Jeddah.

Satu pengalaman yang bermakna kerana dapat mengerjakan solat di hadapan Kaabah (di Hijir Ismail & di belakang Makam Ibrahim) dan mengucup Hajaral Aswad, yang mungkin agak sukar semasa Musim Haji. Syukur Alhamdulillah, kerana Allah SWT memberikan kesihatan diri & mental sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Entah bila agaknya saya dipanggil sekali lagi menjadi Tetamu Allah. Semoga peluang untuk menjadi Tetamu Allah datang sekali lagi dalam suasana diri masih sihat dan bertenaga.

Sedikit gambar kenangan semasa di sana.....

Masjid Nabawi, Madinah



Bersama Hj Ismail dari Melaka di luar Masjid Nabawi


Di Masjid Nabawi selepas waktu Isyak



Di Masjid Nabawi selepas Solat Zohor bersama Hj Ismail & Hj Rahman



Di Masjid Quba' bersama Hj Ismail


Berhampiran Masjid Quba' bersama Hj Rahman


Di Masjid Quba'



Masjidil Haram selepas Isyak


Kawasan hotel mewah di hadapan Pintu 1 Masjidil Haram